beauty · BUSINESS SECRET · cita-cita · dream · harapan · ideas · motivation

3 FAKTOR KEJAYAAN BUSINESS KAUM CINA DI MALAYSIA

Kurang lebih 8 tahun aku mengikuti perkembangan business beauty and health, dan pakaian, di Malaysia, dan khususnya di kedah. Pelbagai pengalaman dapat aku timba dari ibu, dan juga berdasarkan pemerhatian. Bukan bermaksud perniagaan ibu sangat maju, tetapi nak mencapai kearah itu, ibu cuba untuk menerapkan nilai-nilai yang ada dalam perniagaan kaum cina. Matlamat akhirnya untuk berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dalam bidang perniagaan.

Tidak dinafikan mereka agak “secretive” dalam berkongsi rahsia kejayaan business namun bila dilihat dari sudut ketekunan, kegigihan, dan kerjasama yang ditunjukkan, ini menjadi pembakar semangat untuk terus berjaya.  Justeru dapat disimpulkan beberapa perkara yang menjadikan ikutan dan patut diteladani oleh masyarakat khususnya kaum melayu untuk maju dalam apa jua business yang diceburi.

  1. Generasi penyambung perniagaan

Mungkin dulu aku tak faham, mereka tinggal dalam rumah yang sama dan masing-masing ditugaskan untuk menjaga bahagian tertentu. Dalam benak fikiran aku “ tak bergaduh ker, bermasam muka ker”. Tapi lama kelamaan aku nampak dimana keluarga memainkan peranan penting dalam mengekalkan kelansungan business, ibarat air yang dicincang takkan putus.

Anak-anak kecil akan dibiasakan untuk menolong ayah dan emak dalam perniagaan, dan mereka seakan-akan faham konsep bantu-membantu dalam urusan business.

  1. Persaingan sihat.

Dalam bidang perniagaan akan wujud persaingan sihat ataupun tidak sihat. Namun mereka lebih menilai bahawa persaingan itu bertujuan meningkatkan daya kreativiti dan mencuba kaedah yang lebih baik untuk memenangi hati pelanggan.

  1. Pengeluar

Kelansungan business bermula dari pengeluar/pengilang, hinggalah kepada pengguna. Justeru, business kaum cina lebih mendominasi bahagian pengeluaran, ini lebih menguntungkan kerana pengedar akan membeli dalam kuantiti yang banyak juga disebut sebagai borong. Selain itu, pemborong lebih setia dan konsisten dalam pembelian berbanding pengguna yang memiliki banyak pilihan barangan di pasaran, ini termasuklah barangan import dari luar negara.

Justeru, walau apa pun bidang yang kita ceburi, sikap jujur dan amanah amatlah penting. Strategi dan kreativiti demi memastikan kelansungan business perlu dititik beratkan . kerjaya sebenarnya tidak diukur dengan berapa besar pencapaian yang dikecapi, tetapi lebih kepada sikap bangkit dari kegagalan yang berterusan.

Ingin ditegaskan bahawa perkongsian diatas, hanyalah berdasarkan pembacaan dan juga pemerhatian, penulis tidak bermaksud untuk mengingung mana-mana pihak. Yang baik ambillah pengajaran yang buruk dijadikan sempadan. Terima kasih

Sarah zaharah,

Pemerhati tegar

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s