jobsearch · sony · Uncategorized

First Job with Sony EMCS (M)

Alhamdulillah, next week dah boleh start kerja – hari raya ke-5. Malam 26 Ramadan tertiba rasa bersemangat nak tulis blog, padahal sebelum ni ada je masa tapi biasalah mood tak de tak jadi jugak. Blog kali ni nak berkongsi cerita coretan perjalanan dari start interview sampailah diterima bekerja di sony emcs Malaysia. Lain orang lain perjalanan hidup, tapi insyaALLAH perkongsian kali ni bukan nak riak jauh sekali bangga diri tapi lebih kepada berkongsi tips, panduan kerjaya untuk adik-adik akak yang kat luar sana.

Bermula, dari career fair di KLCC, Dewan TM, dan akhir sekali MJIIT, UTM KL. So, in total sebelum graduate dah 3 kali pergi career fair. 3 kali jugak la mohon Sony dan companies yang lain. Moral of the story, Allah nak tengok banyak mana kita berusaha untuk masa depan sendiri. Mungkin jugak kalau lagi rajin, lagi murah rezeki boleh dapat companies yang lagi best.

Akhir sekali, tawakal je bila fakulti MJIIT, UTM KL buat career fair. Malam sebelum tu,  grooming sikit resume dan paksa diri untuk pergi walk in interview. Tips yang dah terlalu common sangat orang kasi adalah – personality, confident level,  dan keterampilan, yang part dapat ke tak , bukan urusan kita. Fast forward, lebih kurang 3 minggu lepas tu dipanggil untuk interview di Bangi, Hardware Department. Tak fikir banyak walaupun ini first job interview, just go for it. Dalam masa yang sama, mesti cari keberkatan ilahi, call ibu mohon restu, cengitu! (p/s : kalau rasa sesuai jadi calon menantu mak awak pm tepi yer. huhu)

Syukur selalu, 2 minggu lepas tu, dapat panggilan untuk job offer. Excited time tu, Allah je tahu, sebab rasa macam dah tak dapat sebab jawab time interview tu merepek je banyak. Haha.  Malas fikir banyak,  terus setuju je la. Position yang di offer *drum roll* Design engineer tadaaaa. Wallahi, tak tahu nak expect apa kerja nanti. Mudah-mudahan yang baik-baik sahaja. InsyaALLAH doakan yer.

So, untuk adik-adik satu je akak nak pesan jangan malas untuk berusaha,start early- biar kita secure job awal-awal sekurangnya dapat membantu ringankan beban keluarga tambah-tambah kalau awak tu anak sulong. Akhir sekali jangan terlampau memilih kerja, mungkin apa yang kita dapat itu lah yang paling baik untuk kita. Salam Ramadan semua.

13514399_1144298492278750_1465732613_n
Japan Day 2016

Sarah Zaharah,
Anak sulong
Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s